Unveil the mystery of scholarships

You're only one step away from applying scholarships.What's the course you're interested in?(Why?Learn more...)

Friday 21 May 2010

Check your JPA's PILN application status now!

Dasar Penajaan Program Ijazah Luar Negara Tahun 2010
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

PILN 2010 adalah dibuka khusus kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2009 untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama. Pelajar-pelajar yang memohon mestilah memenuhi syarat-syarat minima yang telah ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran mengikut bidang pengajian yang dipohon.


Bagi tahun 2010, Kerajaan menyediakan sebanyak 1,500 biasiswa di bawah PILN bagi bidang kritikal (perubatan, pergigian dan farmasi), keutamaan dan strategik.
Penawaran PILN adalah berdasarkan 4 kategori seperti berikut:

Kategori 1 – Kecemerlangan Akademik sebanyak 20% daripada keseluruhan tempat di bawah PILN.

Kategori 2 – Mengikut Populasi Kaum sebanyak 60% daripada keseluruhan tempat dalam PILN

Kategori 3 – Bumiputera Sabah dan Sarawak sebanyak 10% daripada keseluruhan tempat dalam PILN.

Kategori 4 – Golongan Socially Disadvantaged sebanyak 10% daripada keseluruhan tempat dalam PILN.
Bagi PILN 2010, JPA telah menerima sebanyak 18,844 permohonan daripada pelajar-pelajar lepasan SPM. Daripada jumlah tersebut sebanyak 10,956 permohonan melepasi syarat minima dan layak di temuduga. Bilangan tersebut menjadikan PILN 2010 lebih kompetitif.


Memandangkan terdapat persaingan yang sengit bagi penajaan PILN, sebanyak 2,000 penajaan lagi akan ditawarkan kepada pelajar-pelajar cemerlang yang tidak terpilih di bawah PILN untuk mengikuti pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan kampus-kampus cawangan University of Nottingham, Monash University, Swinburne University of Technology dan Curtin University of Technology serta IPT terpilih untuk bidang kritikal. Pelajar yang berjaya ditawarkan akan ditaja di peringkat matrikulasi/asasi/pra-universiti dan seterusnya ke peringkat ijazah pertama sekiranya melepasi syarat akademik semasa di peringkat persediaan yang ditetapkan.

Quoted from http://esilav2.jpa.gov.my/

Direct link for checking application status:
http://esilav2.jpa.gov.my/piln_result/manipulate_data/check/forms/home.php

No comments:

Post a Comment

Kontera

Copyright © 2010 Scholarshipages All rights reserved. Powered by Blogger .

Design by themetraffic. Blogger Template by Anshul | Funny Pictures.