Unveil the mystery of scholarships

You're only one step away from applying scholarships.What's the course you're interested in?(Why?Learn more...)

Wednesday 29 February 2012

Biasiswa Tunku Abdul Rahman now opens for application

Quoted from the website(http://yayasantar.org.my/BTAR.html):


Yayasan Tunku Abdul Rahman mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk ditawarkan BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN. Biasiswa ini diwujudkan untuk mengenang  jasa  Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia. Penerima akan dipilih daripada pelajar yang berjaya melalui proses pemilihan yang rapi dan digelar Tunku Scholars.

 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a) Syarat Asas

               (i)   Warganegara Malaysia.

               (ii)  Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

(b) Syarat Kelayakan Akademik dan Ko-kurikulum
              (i)  Pelajar STPM / Asas / Matrikulasi yang lulus minimum PNGK 3.75.
 (ii)  Pemohon juga dibuka kepada pelajar-pelajar yang sedang dalam pengajian ijazah pertama IPT dalam negara jika        mencapai  minimum PNGK 3.75.      
 (iii)  Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
              (iv)  Memiliki kualiti kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang aktif dalam kokurikulum (terutama di peringkat                     luar sekolah).
  * Calon yang berjaya hanya ditentukan selepas menerima keputusan sebenar peperiksaan. Pemberian biasiswa        tertakluk kepada  pemohon       diterima masuk Institusi Pengajian Tinggi tempatan Negara.   
(c) Syarat Tambahan

             (i)    Penerima BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN diperlukan berkhidmat untuk negara sekurang-kurangnya lima                       (5) tahun selepas tamat pengajian yang ditaja.
                  
                                                  
 KADAR BIASISWA

Kadar Biasiswa adalah mengikut kadar yang berkuat kuasa semasa. Pemberian Biasiswa Tunku Abdul Rahman ditetentukan secara  muktamad dan mutlak oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tunku Abdul Rahman.

 PERMOHONAN

 Klik  DI SINI  untuk memuat turun Borang Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman.  
 Tarikh permohonan : 1 hingga 30 Mac 2012
 Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk  temuduga.
 Pemohon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dianggap tidak berjaya.

PENERIMA ANUGERAH PINGAT TUNKU
                            
2010
1. Danial bin Abdul Rahman - Pingat Tunku (Emas)

2011
1. Ng Rong Xiang - Pingat Tunku (Emas)

Kontera

Copyright © 2010 Scholarshipages All rights reserved. Powered by Blogger .

Design by themetraffic. Blogger Template by Anshul | Funny Pictures.